Melawat Segamat

Hari minggu yang bosan menggerakkan aku ke Segamat pula, itupun setelah dipelawa kali ke tiga oleh seorang rakan di sana. Maka, tanpa berlengah lagi, aku bergerak ke Segamat untuk melawat tempat menarik di sana.





View Larger Map
Lokasi Segamat di Negeri Johor.



Dah sampai dah di Segamat.




Menara jam Segamat.


Mercu tanda Segamat, durian!



Bandar Segamat dengan bangunan lama dan baru.


Motif utama ke Segamat sebenarnya lebih kepada riadah. Maka, kami ke Hutan Lipur Sungai Bantang di Bekok untuk mandi sungai. Terletak kira-kira 17km (25min perjalanan) dari jalan utama Yong Peng-Segamat, perjalanan ke sana mudah kerana di hubungkan dengan jalan bertar disamping papan tanda arah.




Gerbang masuk Hutan Lipur Sg. Bantang, Bekok.



Lokasi sesuai untuk kanak-kanak dan keluarga berkelah.



Redah hutan ke dalam lagi ....
baru la jumpa port best!


Ada jeram yang syokk untuk mandi.



Pandangan dari atas jeram,
air sungai jatuh ke kolam,
siap ada ikan dalam kolam cetek tu..



Fuhh... segar dan sejukk airnya...



Jom berkelah disini!



Setelah dekat 2jam mandi mandi di jeram Sungai Bantang, kami pun pulanh. Sekian aktiviti menarik aku di Segamat. Banyak lagi lokasi menarik di Segamat tidak sempat di terokai, maka semestinya akan kembali lagi di sini!
8 Responses

  1. F@iz Says:

    mmg best.. byk anak ikan juga.. senang2 kita leh pi nanti!


  2. ::: salam faiz, pekabar? wahh bukan main syok lagi dia mandi air terejun! [huhu] mmg best mandi air sungai atau air laut nih, auranyer sangat bagus utk tubuh kita.. nak cari port best, mmg kena masuk dlm lagi [hehe] tapi jgn salah lubuk sudah [huhu].. sbb biasanya situ takder org sgt, malah airnyer lebih dlm.. saya pon tak hengat ler sama ada saya dah penah sampai segamat atau tidak.. tapi tgk dari dataran di pic bro yg pertama tuh, mcm kat bandar muar plak..

    ::: thanx bro 4 the comment, saya pi Universal Studios pada 24/7/2010 [Sabtu] yg lepas.. mmg enjoy giler, nanti bro pi leerr.. tapi solat & makan susah sikit kat sana.. tiket tak boleh beli online, beli on the spot.. biasanya selalu sold out walaupun baru jer pukul 11am..


  3. F@iz Says:

    Wsalam Bro Zul, baik2 sahaja. Mmg syok mandi sungai tu, segar dan sejuk airnya sehingga menusuk tulang. Nak khemah kat situ pun boleh, tapi kena minta kebenaran Jab. Hutan kat pintu masuk tu. Senang2 dtg la ke Segamat dan tempat ni..

    Teringin juga nak pi Universal Studio tu, tp belom kesempatan lg daa. Tq Bro psl info tu, tatau plak tiket cepat abiss, lariss nyaa. Mungkin pergi hari biasa dan seawal pagi, baru yakin tiket masih ada kot..


  4. persona Says:

    salam..cerita pasal segamat. search pic kt google. tumpang ambil yer http://persona-segalanya.blogspot.com/



  5. laila murat Says:

    hi..nk tanya tempat penginapan yg best di segamat ada tak?


  6. F@iz Says:

    x pasti lah
    tp biasanya ada je kat town tu hotel
    dri murah..sampai mahal
    cuba Google


Post a Comment