Percutian ke Phuket (Hari Pertama - 1/7/2011)



Percutian ke Phuket ini dirancang sebulan lalu kerana di ajak oleh Nick agar menyertai rombongan bersama rakan sekerja. Maka, dalam masa 10 hari, mulalah rajin melayari internet untuk mendapatkan maklumat dari pada tiket penerbangan, tempat penginapan dan aktiviti yang hendak dibuat. Semuanya dibuat agar percutian kali ini teratur dan lancar malah menepati budget.

Harus terbang dari Changi ke Phuket.


Maka, setelah semuanya disahkan, maka tibalah hari gembira untuk memulakan percutian iaitu pada 1 Julai 2011. Dengan memberanikan diri sesorang, geraklah aku seawal 4pagi ke Bandaraya Johor Bahru untuk merentasi sempadan. Sampai CIQ pukul 5pg, terus ambil bus Transtar di Bay 16 ke Terminal Budget Changi dengan percuma kerana memiliki tiket penerbangan menggunakan Tiger Airways (tambang biasa hanya RM 7).Perjalanan kira-kira 45min dengan aksi tidur dalam bus sahaja pasal masih ngantuk!



Siap sarapan di Changi Airport dan menunggu pelepasan, kira-kira jam 10pg barulah pesawat berangkat. Perjalanan kira-kira sejam adalah lancar sehinggalah tiba di Phuket Airport dengan hujan yang sangat lebat. Berdebar juga perasaan ketika hendak mendarat, namun semuanya selamat. Horeyyyy... sampai juga di Phuket setelah 4 tahun merancang!



Tiba di Changi, menunggu dan terbang....



Tiba di Phuket!


Lepak-lepak di hotel.


Lokasi strategik hotel penginapan.




Oleh kerana sudah sampai di tempat orang, maka tidak sah sekiranya tidak berjalan-jalan. Maka, selepas bersiap, perut pula keroncong, kami pun bergerak ke Jungceylon, sebuah pusat membeli belah terkenal di bandar Patong. Agak menarik tempat ini dan harganya juga menarik. Didapati harga barangan di sini agak mahal, namun untuk cendermata harganya sama atau lebih murah dari didapati di Jalan Bangla. Untuk makanan halal, terdapat 2 jenis kedai masakan muslim di aras bawah Jungceylon.



Ronda-ronda di Jungceylon



Makan nasi daging lada hitam bergajus
dan lepak-lepak di Jungceylon.




Banyak jugalah cendermata kami beli, malah Ading berabis 3000 Baht untuk ole-ole. Setelah puas jelajah Jungceylon, kami bergerak pula ke pantai Patong untuk bersiar-siar makan angin. Jaraknya tidak terlalu jauh, maka jalan kaki adalah mudah dan tidak pula memenatkan.




Ronda-ronda di Jalan Bangla dengan wayar berselirat
sambil bunyi-bunyi overload.




Ronda-ronda di Beach Road.



Di Patong Beach.




Menjelang magrib, kami pun pulang ke hotel untuk mandi. Malam sikit, baru lah kami keluar untuk aktiviti malam pertama di Phuket. Kami mulakan dengan memanjakan diri bersama urut Thai, kemudian makan malam, ronda malam di Patong dan akhirnya singgah berhiburan.



Pekena massage thai sejam. 400 Baht!


Makan malam dengan seafood Arab.


Berjimba sakan di Phuket.



Hiburan malam di Phuket.




Sekian aktiviti pada hari pertama. Gembira-suka-terhibur semuanya ada di hari pertama!



2 Responses
  1. anonymous_me Says:

    kena pergi lagik dgn geng2 ciri.


  2. F@iz Says:

    kali ni nek Star Cruise plak nak
    bleh cuci mata atas kapal
    Oh my gucci !.. haha


Post a Comment